Selamat Datang .

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ARNAB COMEL nie. Kami memelihara arnab sebagai hobi jer..suka bila tengok anak-anak bermain-main dengan arnab ni...sekurang2nye dapatlah kita meluangkan masa dengan mereka. Hobi kecil2an nipun boleh mendatangkan hasil juga. OKlah sekali lagi selamat berkunjung....Assalam.

Selasa, 20 Julai 2010

Looppy ku sayang.

Arnab comel ni namanye Looppy...Looppy ni kami beli dari seorang kawan pengemar arnab di Melaka. Arnab ni dah jadi bapa dah...tapi sayang anaknye mati dicakar kuching. Semua arnab memang sensitif dengan kucing. Kalau yang kecil tu terperanjat pun boleh bawa mati gak. Looppy ni memang manja...Mukapun muka kesian je...

Ahad, 11 Julai 2010

Si Tak.

Mari berkenalan dengan Si Tak. Arnab ini sangat comel dan berbulu lebat. Kami mengelarnya Tak kerana semasa kecil bulunya dimakan oleh kawan-kawannya sehingga botak. Tetapi sekarang bulunya bertambah cantik dah halus. Kami selalu menyikat bulunya supaya kelihatan lebih cantik.

Sabtu, 10 Julai 2010

Si Tam dah jadi mama.....

Inilah rupa anak-anak Mama Tam pagi ni...nampak segar dan sihat....alhamdulillah.Si Tam dah jadi Mama petang semalam. Mama Tam telah melahirkan 3 baby comel. Selepas pulang dari sekolah petang semalam...Kak Mai sempat melihat arnab-arnab kesayangan kak Mai. Nasib baik perasan.....anak-anak Tam yang baru lahir terjatuh ke dalam tempat najis....sempat kak Mai menyelamatkannya. Arnab betina berbulu hitam putih ni di gelar Si Tam. Kami perolehi dari pengemar arnab di Melaka. Asalnya ialah Melaka Cute....Bila sudah besar lebih kepada Lion Head. Tapi comel dan berbulu lebat.

Berkenalan dengan Papa Ted..

Si comel ni namanya Si Ted. Kami perolehinya daripada seorang rakan pengemar arnab di Melaka. Namanya di gelar Ted dari jenis Teddy bear. Bulunya sangat cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...