Selamat Datang .

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ARNAB COMEL nie. Kami memelihara arnab sebagai hobi jer..suka bila tengok anak-anak bermain-main dengan arnab ni...sekurang2nye dapatlah kita meluangkan masa dengan mereka. Hobi kecil2an nipun boleh mendatangkan hasil juga. OKlah sekali lagi selamat berkunjung....Assalam.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Mama Snow dan anak-anaknya….

 

Ini ialah Mama Snow ( gambar No1).  Mama dari jenis Lion Head. Setakat ni, 3 kali mama dah lahirkan baby. Kali pertama 3 ekor tetapi tidak dapat diselamatkan.

Arnab baru 2 029

13 April 2010

Kali kedua mama lahirkan seekor baby comel (gambar No2).

 

4 Ogos 2010

Gambar terbaru baby dah besar.  Hampir nak jadi bapa dah ni.  Kami namakan Graymon sebab bulunya kelabu.

5 Ogos 2010

Mama Snow melahirkan 7 ekor baby (gambar no 4). Warna dan jantina baby baru tidak dipastikan lagi.Tunggulah perkembangan baby-baby mama snow ye.....


20 Ogos 2010

Baby Mama tinggal empat ekor sahaja…..3 tidak dapat diselamatkan. Inilah antara baby-baby mama Snow yang masih hidup


Baby rabbit 2 dan bekas pensel 034 Baby rabbit 2 dan bekas pensel 035

Baby rabbit 2 dan bekas pensel 001 Arnam comel 21.8.2010 013

Rabu, 4 Ogos 2010

Mama Sloopy dan baby

Inilah baby mama Sloopy yang berumur 2 minggu. Comel...... Ini pula Mama Sloopy. Semasa kecil mama ni ialah Melaka Cute. Bila dah besar lebih kepada Lion Head. Sebelum ini Mama pernah melahirkan seekor baby comel berwarna perang. Malangnya baby tersebut dicakar kuching peliharaan, akhirnya mati. Pagi semalam semasa memberi makan, didapati banyak bulu-bulu halus di sangkar mama. Jadi saya pun meletakkan sebuah bakul plastik. Tak sampai seminit, saya dapati banyak lagi bulu-bulu mama di dalam bakul tersebut. Saya tak pasti dari mana mama simpan bulu2 itu. Mungkin dalam mulutnya... Saya pun membiarkan mama..mungkin dia malu nak melahirkan baby depan saya. Di tempat kerja, anak kedua saya menelefon mengatakan mama dah melahirkan baby. Seronok saya mendengarnya dan tak sabar nak lihat baby2 tu. Mama melahirkan 3 ekor baby yang belum pasti warnanya lebih kurang jam 6.00 petang. Ayah baby ni ialah Loopy.Inilah gambar baby-baby tu baru diambil tadi...Nampaknya mama semakin pandai menjaga babynya...kami biarkan mama menyusukan sendiri babynya....Sila tunggu perkembangan baby nanti ye....

Blond Si Perang

Ini ialah English Angora. Namanya Blond. Kami dapatkan nya dari kawan di Melaka. Mak dan ayah blond taklah pulak dikenal pasti......umurnya sekarang lebih kurang 6 bulan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...